Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bergelar Isteri Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Jeslina Hashim Sah Bernikah Selepas 8 Tahun Jalin Cinta

today11 August 2024

Background

Penyanyi dan pelakon cantik, Jeslina Hashim selamat melangsungkan pernikahan dengan kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam satu majlis tertutup, semalam.

Berita gembira mengenai pernikahan Jeslina, 46, dan pasangan ini dikongsikan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim, 46, menerusi hantaran di akaun Instagram.

“Hari yang indah dan majlis yang indah meraikan akad nikah ‘brother in law’ saya @eddymudzaffar bersama ‘sister in law’ @jeslinahashim.

“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah (syurga),” tulis Sarimah di ruangan kapsyen.

Dalam majlis terbabit, Sarimah hadir bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang juga cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.

Difahamkan, Jeslina dan suami sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta.

Terdahulu, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.

Written by: Aqilah


Previous post