Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bergelut Dalam Bilik Air! DSV & Cik B Takut Gara-Gara…

today14 June 2023

Background

Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV), Cik B berkongsi video ketakutan dalam bilik air kerana ternampak kelibat seekor labah-labah.

Insiden itu telah membuatkan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen menjerit meminta pertolongan DSV yang berada di luar bilik air.

@cikb_havoc Huhuhu thank you mama kalau tak cikb dah jadi spiderman #funny #spider #viral #joke #tiktokmalaysia ♬ original sound – cikb_havoc66

“Thank you mama kalau tak Cik B dah jadi spiderman,” tulis Cik B di kapsyen.

Namun apa yang lebih mencuit hati lagi apabila ibunya juga ketakutan melihat labah-labah tersebut tetapi tetap berusaha untuk menghalaunya menggunakan alas kaki berwarna merah.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak itu dan turut memuji tindakan DSV yang tetap membantu anaknya menghalau labah-labah walaupun dia sendiri ketakutan.

“Mak takut-takut pun memang mak yang kena selamatkan.

“Comel je DSV tangkap spider guna alas kaki,” tulis netizen.

Written by: Aqilah


Previous post