
PETALING JAYA: Seorang pelajar cedera ditikam di perut selepas bergelut dengan pencuri di rumahnya di Shah Alam.
Ketua Polis Shah Alam, Iqbal Ibrahim, berkata kejadian berlaku kira-kira 12.10 tengah hari semalam ketika mangsa berusia 15 tahun tinggal berdua di rumah dengan abangnya yang berusia 17 tahun.
“Kejadian berlaku apabila mangsa ke dapur untuk minum air dan terserempak dengan suspek yang ketika itu bersembunyi di tepi mesin basuh.
“Selepas itu, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek, dengan suspek yang disyaki warga tempatan menikam mangsa di bahagian perut menggunakan sebatang pemutar skru,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Iqbal berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam dan ditempatkan di wad biasa, dengan keadaannya kini stabil.
Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kecederaan luka kecil di…