Kediaman dalam pasaran sekunder semakin mendapat permintaan dan skim jaminan kredit tidak seharusnya hanya meliputi rumah mampu milik baharu, kata persatuan pembeli rumah.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menyediakan jaminan pinjaman untuk pembeli rumah sekunder (subsale), dan mengkaji semula duti setem pemindahan harta kepada anak atau cucu.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong, berkata skim jaminan kredit yang diumumkan dalam belanjawan persekutuan tidak sepatutnya meliputi rumah mampu milik baharu.
Chang berkata rumah subsale, yang membentuk pasaran sekunder, mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding rumah baru dibina, dibeli terus daripada pemaju.
Sesetengah pembeli tidak melabur dalam projek perumahan baharu kerana mereka bimbang ia akan terbengkalai….