Site icon Hot FM

Beri Kedah insentif fiskal pengeluaran padi, kata Ahli Parlimen Baling


Ogos lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar subsidi padi daripada RM360 ke RM500 per metrik tan.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mempertimbang untuk memberikan insentif fiskal kepada Kedah sebagai pengeluar beras terbesar negara ini.

Hassan Saad (PN-Baling) berkata, wajar untuk Putrajaya memberikan Kedah insentif fiskal sewajarnya bagi penggunaan tanahnya, kerana negeri itu memiliki keluasan tanah terbesar bagi penanaman padi di Malaysia.

Katanya, ini seiring kajian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berhubung penggunaan tanah untuk sumber makanan bagi melindungi keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Katanya, Kedah bakal meningkatkan pengeluaran padi, dengan memetik program penuaian padi berskala besar oleh Lembaga Zakat Kedah sebagai bukti komitmen negeri itu.

Pada Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version