Hot FM

Beri kerakyatan automatik untuk anak ‘terabai’ dijaga JKM


Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah berkata ini penting bagi menjamin masa depan kanak-kanak berkenaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak menggesa Putrajaya memberikan kerakyatan secara automatik kepada kanak-kanak terabai yang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Sarawak Fatimah Abdullah berkata ini penting bagi menjamin masa depan kanak-kanak berkenaan.

“Mengikut pengalaman kami, sangat sukar untuk pegawai dan kakitangan institusi kebajikan menentukan ibu bapa kandung kanak-kanak terabai, walaupun pelbagai usaha dilakukan.

“Disebabkan itu kami meminta supaya kanak-kanak di bawah jagaan institusi kewangan ini, khususnya bayi yang diabaikan, diberi pertimbangan khas,” katanya menurut Borneo Post.

Fatimah berkata ini juga akan meringankan beban ibu bapa yang mengambil kanak-kanak berkenaan sebagai anak angkat, kerana tidak perlu melalui pelbagai halangan apabila membuat permohonan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version