
PETALING JAYA: Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Khazanah Nasional perlu diberi masa untuk menjelaskan kerugian RM43.9 juta dalam penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) dengan harga RM3.1 juta.
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata ramai pihak membangkitkan persoalan mengenai kerugian itu susulan jawapan di Parlimen baru-baru ini.
“Kami sedang memantau isu ini…saya belum menerima laporan penuh mengenai perkara sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu, banyak orang mempunyai banyak soalan, dan saya rasa kita perlu memberi pihak-pihak berkenaan sedikit masa untuk memberikan respons secara rasmi.

“Sudah tentu, isu ini timbul daripada respons Parlimen yang diberikan. Jadi, saya rasa kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk menerangkan situasi yang berlaku, kerana ini melibatkan wang awam…