
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memberi galakan dan motivasi lebih awal bagi mengelak lebih ramai pelajar tidak hadir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti tahun lalu.
Pakar berkata, kumpulan keciciran SPM 2023 sudah terbiasa dengan alam pekerjaan dan mempunyai sumber kewangan menyebabkan mereka tidak memiliki motivasi untuk meneruskan pengajian kesan daripada pandemik Covid-19 lalu.
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ainol Madziah Zubairi, berkata kajian pihaknya mendapati kumpulan menduduki SPM pada 2023 adalah pelajar yang terpaksa belajar secara dalam talian sejak akhir 2020 dan tidak mengambil Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 2021 kerana Covid-19.

Katanya, ketika masuk ke Tingkatan 4 pada 2022, mereka melalui…