Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Beri Nama Bunga El Haq, Elisya Sandha Selamat Lahirkan Baby Girl

today18 June 2022

Background

Pelakon Elisya Sandha, 23, dan suami, Uzair Haqimy, 26, selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung di sebuah hospital swasta pada pukul 8.40 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh ibu mentua Elisya, penerbit Sheila Rusly menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di akaun rasmi Instagram miliknya beberapa jam lepas.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Sheila memegang tangan bayi tersebut tanpa mendedahkan wajah dengan meletakkan emoji hati diruangan kapsyen berserta tanda pagar #sentiasabersyukur #alhamdulillah.

Meninjau di ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti antaranya Ayda Jebat, Wani Kayrie, Ernie Zakrie dan Farahdhiya meninggalkan komen ucapan tahniah dan turut gembira atas kelahiran cucu pertamanya.

Kakak kepada Elisya, pelakon Fasha Sandha turut berkongsi berita gembira terbabit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fasha turut mendedahkan nama anak Elisya, Bunga El Haq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Untuk rekod, Elisya dan Haqimy selamat melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Written by: Salma


Previous post