Pentadbiran negara pada landasan yang tepat, namun perlu masa untuk mencipta lebih banyak pencapaian yang bermanfaat kepada rakyat, kata naib presiden DAP itu.

ALOR SETAR: Rakyat perlu terus memberi peluang dan masa kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membawa negara ini ke arah yang lebih baik dan mencipta pelbagai kejayaan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, dalam tempoh enam bulan mentadbir negara, beberapa kejayaan telah pun dapat dilihat termasuk peningkatan kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2023.
“IMD ranking dunia baru umumkan Malaysia buat pertama kali kalahkan Korea Selatan dari segi daya saing dunia, ranking kita dah melonjak daripada tangga 32 (tahun lepas), kini menduduki tangga 27 mengatasi Korea Selatan.
“Sudah lama kita tak pernah…