Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata geran persekutuan sepatutnya tiga kali ganda daripada perbelanjaan negeri kerana geran ringgit untuk ringgit tidak mencukupi.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perlis menggesa Putrajaya mempertimbangkan penambahan geran padanan persekutuan untuk negeri itu, jika ia mahu membantu negeri miskin maju.
Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, geran padanan persekutuan ringgit untuk ringgit yang diberikan kepada negeri tidak mencukupi.
“Macam mana Perlis nak maju? Tak boleh maju dah (dengan geran padanan ini).
“Kalau berdasarkan (nisbah) 50-50, kalau kami belanja RM1 juta, kerajaan kena tampung RM1 juta.
“Patutnya untuk Perlis, (kalau dia) belanja RM1 juta, kerajaan patut bagilah RM3 juta. Barulah (boleh) tolong negeri miskin,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan…