

Ketua DAP Pulau Pinang, Steven Sim, menyeru parti memberikan ruang kepada Pemuda DAP untuk mengamalkan idealisme parti serta mempertahankan prinsip.
Dalam ucapan sempena konvensyen Pemuda, Sim berkata bahawa beliau sentiasa beritahu pemimpin sayap bahawa “Pemuda DAP mesti diberikan ruang menjadi penjaga dan pelindung perjuangan parti”.
Sim berkata beliau pernah menolak arahan daripada pemimpin kanan parti supaya menghalang beberapa ahli Pemuda DAP daripada menyertai tunjuk perasaan.
“Saya beritahu mereka bahawa saya tidak boleh berbuat demikian. Saya mesti beri pemuda-pemudi kita ruang demokratik untuk menzahirkan idealisme mereka,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata mengekalkan idealisme apabila berada dalam kerajaan bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila ia perlu bekerjasama dengan parti-parti lain. Sim adalah menteri pembangunan usahawan dan koperasi.
Sim berkata…