Hot FM

Beri Sokongan Tak Berbelah Bahagi, Isteri Harap Azizulhasni Awang Lekas Pulang

Isteri kepada pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat yang menyaksikan pemburuan pingat emas suaminya berakhir seawal pusingan pertama acara keirin pada Ahad lalu meluahkan isi hati dan berharap atlet itu pulang secepat mungkin untuk bertemu dengan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Azizulhasni Awang Disqualified! Tidak Beraksi Dalam Repechages… Netizen Luah Rasa Kecewa – “This Is So Heartbreaking!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pacer Bergerak Perlahan… Azizulhasni Awang Jelas Keadaan Sebenar – “Saya Dihimpit Pelumba Perancis, Hampir Jatuh”

Seakan dapat merasakan beban dan kesedihan yang ditanggung suaminya, Athiah menerusi perkongsian di Instgaram Stories kelihatan memu

at naik foto bersama empat orang anaknya dengan muzik latar nyanyian Datuk Aishah berjudul ‘Pulanglah’ beserta kapsyen yang ditujukan buat atlet itu.

“Pulanglah, sudah empat bulan anak-anak tidak jumpa Abi. Olimpik Paris 2024 is so wow,” tulisnya.

Sebelum ini kontroversi melibatkan keputusan bagi acara Keirin melibatkan Azizul menjadi sorotan pelbagai pihak.

Malah rata-rata rakyat Malaysia sedih dengan nasib yang terpaksa ditanggung Azizul selepas impiannya untuk meraih pingat emas buat negara gagal.

Dalam perkembangan lain, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman seakan mengesahkan bahawa dirinya tidak akan bertanding di sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti apabila menulis ‘baton has been passed, off to you my brother’ di ruangan kapsyen hantaran terkini di Instagram miliknya.

Exit mobile version