Pelakon, Fattah Amin ternyata dalam diam telah menyalurkan beberapa bantuan dan sumbangan kepada warga Palestin yang sedang dilanda musim sejuk.
Menerusi perkongsian di Instagram Cinta Gaza Malaysia, difahamkan aktor itu telah menghantar baju sejuk baharu kepada anak-anak kecil di Gaza.
“Alhamdulillah, terima kasih Fattah Amin kerana sudi memberi sumbangan baju sejuk baru kepada anak-anak kecil di Gaza. Dapatlah mereka pakai baju sejuk yang baru!,” tulisnya di IG.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Fattah meluahkan rasa bangga terhadap aktor itu yang berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan selepas sudah bekerja keras mencari rezeki.
View this post on Instagram