
AMPANG: Beberapa persatuan agensi pelancongan hari ini menuntut kerajaan memberikan tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum sebelum menguatkuasakan penangguhan aktiviti umrah yang dijadualkan berkuatkuasa 8 Jan ini.
Bantahan itu disuarakan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang menyifatkannya keputusan diambil kerajaan itu sebagai terlalu drastik tanpa melakukan rundingan bersama agensi pelancongan terlebih dahulu.
Setiausaha Agung BUMITRA, Ab Rahman Mohd Ali berkata penangguhan itu akan memberi kesan besar kepada jemaah dan agensi…