Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Beri Update Terkini Mengenai Kamal Adli, Uqasha Serahkan Semua Kepada Polis

today14 March 2023

Background

Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli akhirnya selamat menjalani pembedahan yang berlangsung sejak awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian. Akhir zaman.

“Yang lain Qasha dan Kamal serahkan pada pihak polis untuk buat siasatan lanjut,” tulisnya.

Sebelum ini, Uqasha memaklumkan Kamal terpaksa ditidurkan untuk β€˜major operation’ kerana mengalami kesan koyak yang sangat dalam di kepala.

Selain itu, doktor yang ditugaskan merawat Kamal, Dr Saido Muhanmado juga mengesahkan perkara tersebut kerana aktor berkenaan disyaki mengalami kerosakan otak sehingga menyebabkan dia rebah dan berasa lemah.

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami β€˜Brain Damage’

ARTIKEL BERKAITAN:Trauma Kamal Adli Dipukul, Uqasha Minta Netizen Hentikan Komen Tidak Bermoral

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – β€œDia Pukul Berkali-Kali…”

Written by: Salma


Previous post