Menerusi video yang dimuat naik oleh @saraazaimi, kelihatan suaminya sedang meniru gayanya berjalan di dalam bilik mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah lelaki itu dilihat berjalan perlahan-lahan dan terkengkang sambil memegang perutnya konon tidak selesa akibat kesan jahitan caesarean.
“Tengoklah dia menganjing kita jalan dalam pantang macam tu, siap pegang perut lagi sebab czer kan,” katanya.