
PETALING JAYA: Ancaman paling besar dalam menjayakan program pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 ialah kumpulan WhatsApp terutamanya membabitkan warga emas yang dipenuhi dengan penyebaran berita palsu dan tidak tepat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, penyebaran berita palsu itu menyebabkan ramai ragu-ragu untuk menghadiri temujanji suntikan dos penggalak seperti ditetapkan.
“Ancaman paling besar program dos penggalak ini adalah WhatsApp group warga emas sebab macam-macam berita palsu tersebar, mak saya sendiri dia nak ambil dos penggalak minggu depan, tapi dia hantar kepada saya macam-macam (berita tak tepat yang diterima) menyebabkan dia tanya selamatkah dos penggalak, selamat ke dari kesan sampingan, macam-macam maklumat tak tepat tersebar.
“… jadi cara penyampaian…