Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Berjauhan Dengan Isteri, Yonnyboii Tak Sanggup Tanggung Rasa Rindu

today19 September 2022

Background

Penyanyi rap popular tanah air, Yonnyboii mengakui masih belum sanggup untuk menanggung rasa rindu dan berjauhan dengan isterinya, Nik Nazira Narriman untuk tempoh waktu yang lama.

Menurutnya, walaupun usia perkahwinan hampir setahun namun sepanjang mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021, dia dan isteri tidak pernah berjauhan.

Malah, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, menganggap ini adalah fasa berbulan madu buat mereka berdua.

“Setakat ini kami tak pernah berjauhan. Dia akan ikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melalukan hal sama terhadapnya.

β€œBukan tak mahu berenggang tetapi belum bersedia untuk melalui rasa rindu terhadap pasangan. Kami selesa begini dan rumah tangga pun tak sampai setahun, saya anggap masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya.

Sementara itu, Yonnyboii juga memaklumkan, dia tidak kisah untuk berkepit setiap masa dan menghabiskan waktunya bersama isteri tercinta sebelum dikurniakan dengan kehadiran zuriat kelak.

“Masih belum ada khabar gembira tetapi sebelum ada anak inilah, kami habiskan masa bersama, berkepit setiap masa.

β€œSoal anak, kami berserah dan jika ada rezeki, Alhamdulillah,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah


Previous post