Pelakon popular, Fattah Amin mencuri tumpuan selepas dia menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenama Lamborghini berwarna Unggu.
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Fattah menerima hadiah mewah itu daripada sebuah emas.
Dalam hantaran sama, teraju utama filem Pendekar Awang: Darah Indera Rajah itu kelihatan hadir ke majlis pelancaran Goldbar 999.9 Limited Edition yang terletak di negeri Johor, baru-baru ini.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah kelibat Fattah ketika menerima kunci dan memandu kereta tersebut.
โSeriuslah kedai emas ni bagi Fattah hadiah niโฆ luas betul rezekinya,โ tulis pada kapsyen berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kereta mewah tersebut adalah hadiah atas kerjasama kedua belah pihak ataupun hanya tujuan pemasaran semata-mata.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan berasa gembira dengan rezeki yang diperolehi duda anak satu itu.
