Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Berlakon Filem Di Indonesia, Amir Ahnaf Ikut Langkah Anna Jobling

today9 January 2025

Background

Pelakon, Amir Ahnaf meluahkan rasa bangga terhadap rakan selebriti, Anna Jobling yang semakin mengorak langkah ke negara seberang, Indonesia menerusi baka-bakat lakonan hebatnya.

Ketika ditemui XTRA, Amir atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, menyifatkan dia dan Anna banyak melalui liku-liku dalam industri seni sehingga berjaya membuatkan mereka ke tahap sekarang.

“Saya sangat bangga dengan anna jobling, sebab pertama kali saya masuk dalam industri drama pertama dengan dia. Kerjaya kami sebagai anak seni berkembang bersama-sama daripada permulaan itu.” katanya.

Ketika disoal sama ada dia mengikut rapat jejak langkah aktres popular drama Melur Untuk Firdaus itu, Amir bagaimanapun berkata segalanya tertakluk kepada rezeki Yang Maha Esa.

“Itu semua rezeki, kita cuba ikut belakang. Apa pun, saya bangga dengan Anna. Terus fly high,” ujarnya lagi.

Amir berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sementara itu, Amir yang turut menembusi arena perfileman Indonesia sebegai peneraju utama dalam filem genre seram ‘Terkutuk’ ini bersyukur wajah ‘jawa’nya membawa tuah.

Bagaimanapun, katanya tidak mudah untuk berlakon di Indonesia terutamanya dari segi penguaan bahasa mereka.

“Kalau nak kata saya sudah saty langkah melebarkan sayap ke indonesia, boleh lah. Tetapi apa pun saya ambil ‘baby steps’ sebab susah nak berlakon di Indonesia kena mahir dalam bahasa mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, Amir dan Anna pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa namun aktor ini menafikan dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Berpelukan & Mesej Nakal… Amir Ahnaf Nafi Bercinta Dengan Gadis Singapura – “Kenapa Nak Salahkan Saya?”

Artikel Berkaitan: Individu Bongkar Mesej Nakal Didakwa Milik Amir Ahnaf, Sekali Lagi Terkait Isu Mainkan Hati Wanita?

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Written by: Salma


Previous post