Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang merayu tiga kali kepada kepimpinan Umno berkata setiap individu harus dinilai mengikut kes masing-masing.

PETALING JAYA: Tajuddin Abdul Rahman meminta penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berlaku adil kepada ahli Umno yang merayu kepada kepimpinan parti supaya menarik balik hukuman terhadap mereka.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata Razaleigh tidak patut “pukul rata” sekiranya beliau sendiri enggan menamakan individu-individu yang dianggap ‘gunting dalam lipatan’.
“Siapa mereka yang dikatakan musuh? Namakan mereka baru adil. Kamu buat kenyataan secara umum tanpa menamakan sesiapa, elok ke?” katanya kepada FMT, mengulas amaran Tengku Razaleigh kepada parti baru-baru ini.
Razaleigh baru-baru ini berkata Umno mengundang padah sekiranya menerima kembali ‘gunting dalam lipatan’…
