
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menafikan semua dakwaan wartawan penyiaran Bernama TV, Sydney Yap Xi Ni mengenai agensi berita itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin berkata semua dakwaan petugas berstatus kontrak itu adalah tidak berasas.
Petugas wanita itu yang mula berkhidmat di Meja Penerbitan Bahasa Mandarin pada September 2019, telah mendakwa dalam hantaran Facebook peribadinya bahawa Bernama TV telah memotong gaji dan elaun serta lewat dalam pengambilan petugas baharu bagi menggantikan mereka yang telah berhenti kerana melanjutkan pelajaran dan mendapat tawaran di stesen televisyen lain.
Roslan menjelaskan bahawa berita Mandarin Bernama TV sebelum ini diterbitkan oleh sebuah…