Hot FM

Bernama tak jadi saman pembaca berita Mandarin



Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin, berkata tindakan undang-undang harus menjadi pilihan terakhir. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bernama dilaporkan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kakitangannya, Sydney Yap Xi Ni, yang sebelum ini mengadu mengenai pemotongan gaji dan masalah dalaman lain di cabang TV agensi berita itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin, berkata sebaliknya mereka akan membincangkan perkara itu.

Pada 5 Ogos, Bernama mengumumkan bahawa program berita Mandarin 6 petang hanya akan disiarkan dari Isnin hingga Jumaat.

Berikutan itu, Yap menulis penjelasan panjang lebar di Facebooknya dengan mendakwa terdapat isu kekurangan kakitangan berikutan gaji rendah dan pemotongan gaji serta kelewatan pengambilan pekerja kerana birokrasi.

Susulan itu, mesej Bernama tersebar kepada media mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai berita itu.

Menurut laporan Malaysiakini, Roslan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version