Site icon Hot FM

Berniaga tanpa lesen, 4 pengarah syarikat jualan langsung didakwa


Empat pengarah sebuah syarikat jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah. (Gambar Reuters)

GEORGETOWN: Empat pengarah sebuah syarikat jualan langsung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah tahun lalu.

Tan Kwong Yeow, 35, Ooi Chuen Chie, 35, Lim Shing Yee, 31, dan Seow Ming Cjoy, 32, didakwa menjalankan perniagaan jualan langsung secara transaksi elektronik iaitu pelan peluang kerjaya (COP) tanpa lesen sah yang dikeluarkan Pengawal Jualan Langsung bawah Seksyen 6 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Wisma Quinton, Jelutong, kira-kira 5 petang 19 Okt 2022 mengikut Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 4(2)(b) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara limat tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Quinton Group Sdn Bhd pula…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version