Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bersalin Anak Sulung, Raja Ilya Beri Baby Girl Nama Talita Love!

today2 July 2022

Background

Pelakon Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, selamat melahirkan cahaya mata pertamanya.

Menyambut kehadiran puteri sulung, berita gembira itu disampaikan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

“Syukur Alhamdulillah our baby girl is here, if you had of said to me I’ll be pregnant in 3 years I would have laughed.

“Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love. There were tears, I’m still in shock,” tulis Ilya.

Menerusi perkongsian itu juga, pelakon itu sempat meluahkan rasa teruja untuk pulang ke Malaysia dan berkongsi akaun Instagram anak perempuannya, Talita Love Garret.

“Thank you for all your love, support and doa it’s greatly felt. Tak sabar nak balik Malaysia awal tahun depan dengan baby, wait for us okay.

“Follow her @talitalovegarrett Instagram account for more updates & fun, Insya-Allah. Talita Love born 1st July 2022,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Rakan-rakan selebriti turut meraikan berita gembira terbabit dengan memberi ucapan tahniah kepada pelakon wanita itu dan suaminya, Trent Garret.

“Awww, may your baby be blessed with good health, love and laughter. Congratulations!,” komen Sherry Ibrahim.

“Oh my god! Yay…. Best nyer baby girl! Woo hoo,” tulis Jaclyn Victor.

“Yeah can’t wait so comel congrats you both,” komen Adeline Tsen.

Written by: Aqilah


Previous post