

Parti Bersama Malaysia (Bersama) mempertaruhkan 15 calon bagi menghadapi PRN Johor ke-16, penampilan sulung parti itu dalam gelanggang pilihan raya.
Sebelum ini, Bersama berkata pemilihan kerusi dibuat berdasarkan demografi pengundi dan kecenderungan pengundian, hasil dapatan kaji selidik serta data yang dikumpulkan sepanjang enam bulan lalu.
Ia turut mengambil kira tahap sokongan terhadap parti itu setakat ini, menerusi jumlah keahlian di peringkat kawasan Parlimen, kecenderungan ahli di kawasan berkenaan, dan kesesuaian calon.
Pengumuman oleh Presiden Bersama, Syukri Razab, malam tadi menandakan bermulanya persaingan dengan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Terdahulu, pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, menyifatkan pertandingan di Johor sebagai ‘risiko terhitung’ kerana Johor pernah membuat perubahan.
“Memang ini kerja gila. Tetapi, ini juga risiko terhitung. Bila…