
Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak boleh bergantung semata-mata kepada undi golongan tidak berpuas hati dengan Pakatan Harapan untuk menang pilihan raya, menurut penganalisis susulan kekalahan teruk parti itu pada PRN Johor.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata Bersama, dipimpin dua bekas pemimpin PKR, dilihat cuba meniru kebangkitan PKR susulan gerakan Reformasi pada 1998.
Bagaimanapun, landskap politik hari ini tidak mempunyai keamatan yang sama, kata Syaza.
Gerakan Reformasi menyusuli pemecatan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan penahanan beliau selepas itu, mencetuskan tunjuk perasaan secara meluas serta desakan untuk reformasi badan kehakiman dan pembasmian rasuah, antara lain.
“Rakyat marah dengan PH tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Rakyat mahu yakin bahawa Bersama benar-benar mempunyai peluang untuk…