
PETALING JAYA: Ketua Bahagian Penaja Bersatu Balik Pulau Mohd Nazmin Ramlee membidas tindakan pusat yang memberi kebenaran persidangan bahagian itu diteruskan sambil mendakwa berlaku penipuan pada peringkat cawangan sebelum ini.
Nazmin mendakwal, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid bersama bekas setiausaha bahagian Balik Pulau Rosmady Md Abu mengadakan tujuh persidangan cawangan tanpa kebenarannya.

“Mereka (Harris dan Rosmady) telah menghantar laporan persidangan palsu dan membuat pemalsuan tandatangan ketua bahagian Penaja,” katanya kepada FMT.
Nazmin berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada pusat, justeru pada 7 Nov lalu setiausaha agung ketika itu Hamzah Zainudin mengarahkan cawangan terlibat iaitu Bayan Lepas, Ginting, Jalan Bharu, Sungai Kongsi, Sungai Pinang, Sungai Rusa dan Teluk Bahang bersidang semula.
Namun, katanya…