

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali memberi bayangan bahawa partinya kini ‘diintai’ pihak lain yang mahu membentuk pakatan bagi menghadapi lawan seperti Umno.
Beliau berkata, setiap usaha kerjasama akan disambut dengan bijaksana demi memacu kemakmuran negara melalui gandingan tenaga yang kukuh.
“Hari ini ada pelbagai pihak gamit kita. Intai-intai langkah Bersatu, termasuk hulurkan tangan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu malam ini.
“Ada sampaikan salam. Salam dan senyuman akan disambut dengan kebijaksanaan demi membina kemakmuran Malaysia anak watan menerusi gabungan tenaga yang mantap.”
Dalam pada itu, Azmin membangkitkan ini kali pertama Bersatu dibenarkan menggunakan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi acara parti, memberi bayangan hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) di…