

Bersatu mungkin perlu melakukan rombakan identiti, membina jentera akar umbi sendiri bahkan mempertimbangkan penjajaran politik baharu untuk kekal relevan selepas PAS menghentikan kerjasama dengannya, kata penganalisis.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, perpecahan itu mendedahkan masalah terbesar Bersatu: ketiadaan identiti politik yang jelas.
“Bersatu mesti membina semula naratifnya. Ia tidak boleh sekadar anti-DAP, sekadar lanjutan bayangan Muhyiddin, atau hanya menjadi alat kepada bekas ahli Umno.
“Ia perlu tampil sebagai parti Melayu yang pragmatik, berfokus kepada ekonomi rakyat, kos sara hidup, integriti dan tadbir urus,” katanya kepada FMT.
PAS secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada 8 Jun lalu, dengan alasan mahu meneroka suatu…