
PETALING JAYA: Bersatu patut mencontohi DAP dalam meminda perlembagaannya untuk menghalang Ahli Parlimen mereka mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan semasa, kata Loke Siew Fook.
Setiausaha agung DAP berkata, mereka sudah meramalkan situasi sedemikian apabila undang-undang antilompat parti kali pertama digubal, di mana Ahli Parlimen pembangkang akan berikrar menyokong kerajaan yang memerintah.
“Selepas menyedari kelemahan undang-undang antilompat parti, DAP memutuskan untuk meminda perlembagaannya,” katanya kepada pemberita.
DAP meminda perlembagaannya tahun lalu supaya wakil rakyat yang tidak mengikut ketetapan parti dalam isu asas, secara automatik akan kehilangan keahlian mereka.
Parti itu berbuat demikian sebagai perlindungan daripada “kelompongan” dalam undang-undang antilompat parti di mana Ahli…