
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik memberi amaran Bersatu patut lebih berhati-hati dengan desas-desus mengatakan PAS mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama kerajaan perpaduan, kerana melihat parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu mungkin dilemahkan sekiranya perjanjian dicapai.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, PAS akan mengurangkan tekanan terhadap Umno dengan menyertai pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim seterusnya membolehkan Umno memfokuskan terhadap pengukuhannya.

“Bersatu mengiktiraf bahawa Umno yang kuat menjejaskan daya tarikannya kepada pengundi Melayu.
“Kelompok pengundi Melayu PAS agak berbeza daripada Umno, jadi Umno yang kukuh hanya akan memberi kesan negatif kecil terhadap PAS,” katanya.
Azmi mencadangkan PAS boleh kekal dalam PN namun mempunyai hubungan baik dengan…