

Beberapa lagi pemimpin Bersatu dipecat dan digantung hari ini, selepas parti itu minggu lalu memecat tiga pemimpinnya dan menggantung tujuh yang lain.
Parti itu memecat Adun Kok Lanas yang juga Timbalan Speaker Kelantan, Farid Zawawi, serta Exco Pemuda Bersatu, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin.
Mereka yang digantung selama dua penggal pula ialah Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abas dan Adun Bukit Bunga, Almidi Jaafar.
Pengerusi lembaga disiplin parti, Radzi Manan berkata mereka dipecat atau digantung kerana melanggar fasal 9.1.4 perlembagaan Bersatu serta kod etika dan tatakelakuan ahli. Mereka boleh memfailkan rayuan dalam tempoh dua minggu.
Mereka yang dipecat minggu lalu ialah Timbalan Ketua Pemuda, Faiz Rahmad; Timbalan Speaker Kedah yang juga Adun Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; serta Adun Suka…