Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bersatu salahkan PAS atas pembatalan pendaftaran PN

today20 October 2026

Background


Mohamed Azmin Ali
Azmin Ali mempertahankan aduan Bersatu itu kepada JPPM sebagai usaha menyelamatkan PN dan memastikan gabungan mematuhi undang-undang serta perlembagaannya.
PETALING JAYA:

Bersatu menyalahkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS atas pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Setiausaha agungnya, Mohamed Azmin Ali, mendakwa keputusan itu membuktikan kepimpinan PN melanggar Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan gabungan.

“Tindakan kepimpinan PN dipengerusikan PAS menafikan hak Bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 16 Jul adalah satu kesalahan yang ‘fatal’ dan pelanggaran Fasal 7.1 Perlembagaan Parti Perikatan Nasional.

“Tindakan melanggar undang-undang membawa mudarat besar dan dampaknya akan menghancurkan masa depan PN,” katanya dalam kenyataan.

Awal hari ini, JPPM mengumumkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post