SHAH ALAM: Bersatu Sarawak meminta pertimbangan pusat untuk bertanding 12 DUN pada PRN yang dijangka pada 2026, dengan memberi keyakinan mereka telah pun bersedia.
Wakilnya, Ambrose Labang Anak Jamba, berkata Bersatu mendapat sambutan baik dari rakyat Sarawak dan PRN akan datang masa terbaik untuk bertanding.
Ambrose yang juga ahli badan pimpinan Bersatu Sarawak membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung tahunan parti hari ini.
“Kita nak minta peringkat nasional beri kita sokongan… sekurang-kurangnya 12 bahagian dah bersedia untuk PRN,” katanya kepada pemberita di IDCC Shah Alam.
Ambrose menggambarkan Bersatu sebagai satu-satunya pembangkang yang kuat di Sarawak.
“Bersatu sahaja pembangkang yang kuat di sana, yang lain kerajaan dan yang belum ditubuhkan belum tahu sama ada mereka boleh bertanding atau tidak,” katanya.
Pada PRN Sarawak Dis…