Ahmad Faizal Azumu berkata Bersatu bekerjasama dengan DAP ketika PRU14 demi ‘menyelamatkan negara’ daripada pentadbiran Najib Razak.

PETALING JAYA: Bersatu tidak hipokrit kerana bekerjasama dengan DAP pada PRU 2018, kerana ia perlu dilakukan demi “menyelamatkan negara”, kata Ahmad Faizal Azumu.
“Keputusan berkenaan dibuat ianya untuk mengurangkan mudarat lebih besar terhadap negara, makanya memerlukan mereka bekerjasama.
“Itulah yang juga dibuat oleh Bersatu pada awal penubuhan, dengan bekerjasama dengan DAP, Amanah, dan juga PKR untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak,” katanya dalam temubual FMT.
Timbalan presiden Bersatu itu berkata kepimpinan Umno membuat pusingan U daripada ketetapan “No Anwar, No DAP” yang dibuat pada perhimpunan agung parti itu, apabila bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar…