Timbalan presiden Bersatu itu berkata, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian berbanding tentang pemimpin politik, kerana mereka ‘datang dan pergi’.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, persoalan sama ada bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin akan menyertai parti itu atau sebaliknya tidak lagi perlu difikirkan.
Beliau berkata, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian, berbanding hanya tentang seseorang pemimpin politik, kerana mereka “datang dan pergi”.
“Saya harap kita tak perlu terlalu fikir tentang seorang pemimpin, tapi perlu bimbang keadaan kos sara hidup rakyat begitu tinggi dan sebagainya yang perlu diberi keutamaan.
“Pemimpin politik datang dan pergi, kita semua sepatutnya beri fokus untuk pelihara rakyat, berbanding memikirkan di mana seseorang nak…