

Bersatu akan meletakkan calon atas lambang sendiri pada PRN Negeri Sembilan akan datang.
Presiden Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah tersebut malam tadi, berlatarkan kekesalan dan kekecewaan Bersatu terhadap PAS.
Bersatu membuat keputusan ini kerana mesyuarat jawatankuasa rundingan kerusi Perikatan Nasional (PN) “telah ditangguhkan bagi tempoh masa yang tidak pasti”, beberapa hari sebelum penamaan calon pada 18 Julai.
Pengerusi PN ketika ini digalas Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala ketua pengarah pilihan raya adalah Sanusi Nor, kedua-duanya pemimpin PAS.
Dalam kenyataan, Muhyiddin menerangkan mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi PN untuk PRN Negeri Sembilan, yang berlangsung pada 12 Julai, ditangguhkan kerana PAS mahu mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional.
Bersatu berpendirian perkara itu mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh majlis…