
PETALING JAYA: Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai “merapu” susulan dakwaan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) kerana ditawarkan 47 kerusi boleh menang oleh Bersatu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, Asyraf juga mungkir janji kerana mengeluarkan gambar pertemuan tertutup antaranya bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, pada Jumaat.
“Tak betul, dia merapu. Dia (Asyraf) tak terlibat pun dalam mesyuarat tu.
“Bahkan kita dah ingatkan agar tidak keluarkan gambar yang beliau ambil, sebab pertemuan tertutup. Dia mungkir janji. Hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan. 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan,”…