
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menangkis kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang mendakwa beliau punca tokoh itu meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2020.
Menjelaskan perkara itu, Mahathir berkata beliau sendiri meletakkan jawatannya selepas Bersatu menolak nasihat diberikan.
“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan, dan itulah yang saya lakukan,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu menyusul kenyataan Zahid, Sabtu lalu mendakwa dirinya dalang utama menjatuhkan Mahathir sebagai perdana menteri pada 2020, dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman Umno.
Menurut Zahid, tindakan luar biasa terbabit terpaksa dilakukan untuk menolak Mahathir yang ingin mengharamkan Umno.
Mengulas lanjut, Mahathir mendedahkan Zahid ada bertemu…