

Bersatu menuntut kerajaan memastikan prinsip layanan sama rata diterapkan dalam pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk menjelaskan sama ada kemudahan itu boleh dipertimbangkan bagi banduan lain yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Setiausaha Agung, Azmin Ali, berkata kerajaan perlu menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria pelaksanaan tahanan rumah supaya tidak timbul persepsi wujud layanan berbeza berdasarkan kedudukan atau pengaruh seseorang.
“Termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
“Penjelasan ini penting supaya tidak timbul persepsi bahawa terdapat satu bentuk layanan bagi golongan bangsawan, berpengaruh dan satu lagi bagi rakyat biasa,” katanya dalam kenyataan.
Azmin berkata, rakyat berhak mendapat keyakinan…