Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bersemut! Sweet Ucapan Izzue Islam Untuk Isteri Bersempena Anniversary ke-11

today4 June 2024

Background

Pelakon dan pengacara, Izzue Islam mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Izzue memuat naik sebuah video yang memaparkan momen dia dan isteri, Awin Nuruin menyambut ulang tahun perkahwinan ke-11.

Dalam video berdurasi pendek itu, Izzue dan isteri meraikan hari istimewa itu secara kecil-kecilan bersama sebuah kek.

Perkongsian manis itu turut disertai dengan ucapan romantik pelakon drama hits Rindu Kasih itu.

“Tak kisah berapa hari, bulan atau tahun kita bersama, awak tetap jadi orang yang pertama saya nak tengok setiap hari,” tulis Izzue.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian manis tersebut.

Rata-ratanya menyifatkan pasangan tersebut sangat romantis dan mendoakan perkahwinan mereka itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, ramai juga yang menzahirkan ucapan hari lahir Izzue dan ulang tahun perkahwinan mereka.

izzue islam izzue islam

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post