Hot FM

Bersih cadang bentang RUU had tempoh PM pada sesi akan datang


bersih
Bersih percaya agenda mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri akan disokong oleh pembangkang.

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berpendapat sesi Parlimen akan datang masa terbaik untuk bentang suatu rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri.

Pengerusi Faizal Aziz percaya kerajaan tidak akan sukar mendapatkan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat bagi pindaan tersebut, sepertimana ia menjayakan Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Dalam masa sama, kita juga yakin agenda ini akan disokong oleh Ahli Parlimen Pembangkang demi masa depan negara yang lebih baik,” katanya di platform X.

Faizal juga percaya ia akan jadi contoh yang harus diteladani di peringkat negeri, sekiranya agenda itu dapat dijayakan di peringkat persekutuan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada gesaan DAP supaya meminda meminda Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal.

Anwar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version