Hot FM

BERSIH gesa persempadanan semula kawasan pilihan raya, elak diskriminasi pengundi muda



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata persempadanan kawasan boleh dilaksanakan tanpa menunggu genapnya jurang lapan tahun daripada pelengkapan kajian sempadan lalu.

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya khususnya di kawasan bandar agar tidak berlaku diskriminasi undi kepada lebih 5.8 juta pengundi muda susulan pelaksanaan Undi18.

Gabungan itu berkata, kebanyakan pengundi baru akan tertumpu di kawasan pengundi padat di pusat bandar kerana di situ banyak peluang pekerjaan dan pendidikan yang menarik pengundi muda.

“Jika persempadanan tidak berlaku dan tiada juga alternatif lain, maka ramai pengundi baru akan rasa tertipu kerana merasakan mereka ada kuasa untuk tentukan masa depan negara dan diri sendiri, tetapi akhirnya undi sendiri tidak bernilai berbanding dengan undi orang lain,” katanya dalam kenyataan.

BERSIH…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version