
Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih, mempersoalkan Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang tidak menyokong rang undang-undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan perdana menteri, selepas pindaan tersebut gagal melepasi undian belah bahagi di Dewan Rakyat, petang tadi.
Pengerusi Faisal Abdul Aziz berkata ahli Dewan Rakyat maklum bahawa RUU itu memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat.
“Apa kewajaran blok pembangkang tidak menyokong RUU ini apabila ia jelas baik untuk negara?” katanya kepada FMT.
“Saya juga bangkitkan persoalan Ahli Parlimen kerajaan yang gagal tunaikan tanggungjawab untuk hadir dalam sesi penting ini.”
Pindaan Perlembagaan itu, yang dibentangkan sebagai RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 1) 2026, mahu mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal, dan terpakai ke atas bekas perdana menteri, sekiranya ia diluluskan Parlimen.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: