Site icon Hot FM

Bertemakan Melayu Klasik, Syazwan Zulkifly Sah Bertunang!

Tahniah buat pelakon yang popular menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku iaitu Syazwan Zulkifly yang telah selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Sya Zulkifli Sabtu lalu (31 Ogos 2019)

Aktor berkenaan sah bertunang dalam sebuah majlis ringkas yang dilakukan secara tertutup di Taiping, Perak.

Tiada majlis rasmi jemputan media dilakukan, hanya keluarga terdekat sahaja hadir.

Serentak dengan itu, keduanya turut memaklumkan berita gembira itu menerusi media sosial masing-masing.

“Ini semalam punya cerita. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar,” tulis Syazwan di Instagram.

Tahniah sekali lagi buat pasangan ini, semoga segala perkara yang dirancang dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Exit mobile version