Harga hartanah dalam negara sememangnya diketahui ramai mempunyai paras harga yang tinggi. Hal ini membuatkan orang ramai memilih untuk menyewa daripada membeli manakala hartanah yang berbaloi pula menjadi sasaran para pelabur.
Dalam pada itu, siapa sangka masih terdapat hartanah di Klang, Selangor yang ditawarkan dengan harga lelong serendah RM3,355 sahaja. Dalam pada itu, ada ‘sebabnya’ mengapa hartanah ini ditawarkan dengan harga lelongan yang begitu rendah.