Menerusi perkongsian video daripada @makrarara, kelihatan gadis tersebut sedang berada di pelamin tunang bersama bakal mak mentuanya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bakal mak mentuanya itu tiba-tiba mengambil daun sirih dan menyuap ke dalam mulutnya.
Menurut gadis tersebut, dia menyangka tunangnya hanya bergurau tentang adat makan daun sirih. Sekali dia terkejut apabila perkara itu benar-benar berlaku semasa hari pertunangan mereka.
Difahamkan, adat itu diamalkan oleh orang Perak. Apabila bakal mak mentua menyuap daun sirih, itu adalah simbolik tanda pinangan mereka diterima.