
PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan tidak bersetuju dengan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berhubung pemakaian orang ramai yang pergi ke balai polis membuat laporan.
“Menjadi kewajipan polis untuk menerima laporan sedemikian dalam apa jua keadaan,” katanya dalam catatan Twitter mengenai kontroversi etika pemakaian untuk pelawat ke balai polis.
Musa berkata, tiada orang akan pergi ke balai polis melainkan terpaksa kerana mereka memerlukan bantuan.
“Ia bukan saja dalam kes hidup dan mati, justeru tidak kisah bagaimana seseorang itu harus berpakaian. Menjadi kewajipan polis menerima laporan sedemikian dalam apa jua keadaan.”
Beliau berkata demikian selepas Acryl Sani dilaporkan berkata, penguatkuasaan etika pemakaian orang ramai ketika berurusan di pejabat…